fb fb fb fb fb

Banjir Pakistan: NGO dirikan 'sekolah sementara' di kem bantuan

(FOTO REUTERS)

PAKISTAN, 27 September- Yayasan Al-Khidmat Pakistan, yang merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) tempatan mendirikan 'sekolah sementara' di kem bantuan banjir, Quetta, ibu kota wilayah Balochistan.

Langkah tersebut sebagai usaha 'membawa bilik darjah' kepada anak-anak di kem bantuan berkenaan yang kini terkesan akibat banjir terburuk yang melanda negara itu.

"Kami sangat bimbang kerana pendidikan anak-anak semakin terabai, tetapi sekarang, Alhamdulillah, sebuah sekolah telah ditubuhkan dan mereka sedang belajar.

"Kami akan gembira jika sekolah itu dibuka sepanjang tahun," kata seorang ibu bapa kepada Reuters pada Isnin.

"Kami orang miskin dan tidak mampu untuk menghantar mereka ke sekolah lain. Jadi kami bersyukur dengan sekolah ini," tambahnya.

Banjir di Pakistan mengakibatkan beratus ribu orang yang dipindahkan, tinggal sama ada di tempat terbuka atau khemah sementara yang didirikan di sepanjang jalan atau di atas tanah kering.

Bencana itu juga telah memusnahkan sebahagian besar negara berkenaan dan membunuh hampir 1,600 orang, manakala berjuta-juta lagi kehilangan tempat tinggal.-REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu