TANZANIA, 15 November - Presiden Samia Suluha Hassan berikrar untuk menyiasat protes ganas yang meragut nyawa semasa pilihan raya, bulan lepas.
Beliau memberitahu, selaras itu kerajaan menubuhkan sebuah suruhanjaya khas bagi menyiasat kejadian tersebut.
"Saya mengucapkan takziah kepada semua keluarga yang kehilangan orang tersayang. Kerajaan berjanji bahawa kita akan memulakan reformasi perlembagaan dalam tempoh 100 hari.
"Kita akan terus mengambil langkah untuk menangani cabaran yang berlaku. Kita juga akan menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk berunding dan berbincang ke arah membina dan memelihara negara," ujarnya.
Tiada reaksi segera daripada parti pembangkang utama, CHADEMA, yang mendakwa pasukan keselamatan membunuh lebih daripada 1,000 orang.
Kerajaan telah menyangkal kenyataan pembangkang mengenai kematian dan kecederaan yang disifatkan sebagai berlebihan.
Pertubuhan Bangsa Bersatu dalam kenyataan minggu ini berkata pihaknya percaya ratusan orang terbunuh semasa protes tersebut. - REUTERS