(Perigi yang tidak bertutup adalah ciri biasa di kawasan perkampungan petani India tetapi sering dikaitkan
dengan kemalangan maut yang melibatkan kanak-kanak kecil/AFP)
Raipur, 15 Jun - Seorang kanak-kanak lelaki orang kurang upaya (OKU) pendengaran dan pertuturan, terperangkap di dalam perigi selama empat hari di Raipur, India.
Ketika ini pasukan kecemasan sedang bertungkus-lumus menyelamatkan Rahul Sahu, 10 tahun, yang jatuh ke dalam perigi setinggi 24 meter, Jumaat lalu ketika bermain di belakang rumahnya.
Beberapa jentera digunakan bagi membantu menggali terowong bersebelahan perigi dengan bantuan pihak tentera dan anggota tindak balas bencana India.
Namun cuaca buruk serta ancaman haiwan berbisa seperti ular dan kala jengking, telah menyukarkan usaha menyelamat.
(Pasukan kecemasan sedang bertungkus-lumus menyelamatkan Rahul Sahu, 10 tahun, yang
terjatuh ke dalam perigi setinggi 24 meter)
Walau bagaimanapun Sahu memberi kerjasama dan maklum balas yang baik sepanjang proses penyelamatan.
Kamera sedang memantau keadaan dan pergerakan Sahu, selain sebuah paip oksigen dan makanan turut dibekalkan.
Perigi yang tidak bertutup adalah ciri biasa di kawasan perkampungan petani India tetapi sering dikaitkan dengan kemalangan maut yang melibatkan kanak-kanak kecil. -AFP