fb fb fb fb fb

Kerajaan Sri Lanka luluskan sistem bekerja empat hari seminggu, galak kakitangan awam tanam sayur

COLOMBO, 15 Jun - Krisis Sri Lanka memasuki fasa baharu apabila kerajaan meluluskan sistem bekerja empat hari seminggu untuk kakitangan awam bagi membolehkan mereka menanam sayuran untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan makanan.

Langkah itu dijangka dapat mengurangkan masalah keperluan bahan api yang kronik selain menggalakkan rakyat menanam sayuran untuk kegunaan keluarga.

Pejabat penerangan kerajaan dalam satu kenyataan berkata, keputusan untuk memberi kira-kira sejuta pegawai kerajaan cuti sehari pada hari bekerja adalah wajar.


(Rakyat Sri Lanka beratur untuk mendapatkan bahan api petrol di salah sebuah stesen minyak/AFP)

Menerusi langkah itu, pekerja sektor awam diberi cuti setiap Jumaat selama tiga bulan.

Susulan krisis pertukaran asing yang teruk, Sri Lanka berdepan kesukaran kritikal untuk membayar kos import bahan api, makanan dan ubat-ubatan.

Sementara itu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken, berkata negara itu sedia menghulurkan bantuan kepada Sri Lanka selepas berhubung dengan Perdana Menteri baharu, Ranil Wickremesinghe. -AFP

Media Baharu