fb fb fb fb fb

Presiden Algeria pecat Menteri Kewangan selepas hanya empat bulan pegang jawatan

(Presiden Algeria, Abdelmadjid Tebboune/AFP)

ALGIERS, 15 Jun - Presiden Algeria, Abdelmadjid Tebboune memecat Menteri Kewangannya selepas hanya empat bulan memegang jawatan, tanpa memberi alasan.

"Presiden pada hari Selasa menandatangani dekri yang menamatkan fungsi Menteri Kewangan, Abderrahmane Raouya," kata Tebboune dalam satu kenyataan.

Raouya, 61, telah dilantik dalam rombakan kabinet pada bulan Februari, untuk kali ketiganya dalam tugas tersebut.


(Menteri Kewangan, Abderrahmane Raouya yang dipecat oleh  Presiden Algeria, Abdelmadjid Tebboune)

Setiausaha pertama kementerian itu akan mengambil alih jawatan tersebut sehingga seorang pengganti dilantik.

Pemecatan Raouya berlaku kurang sebulan selepas Tebboune memberhentikan Ketua Bank Pusat, Rostom Fadli, yang memegang jawatan kurang daripada dua tahun, tanpa memberikan sebarang penjelasan lanjut. - AFP

Media Baharu