fb fb fb fb fb

Kanak-kanak hilang di utara Australia, dikhuatiri diserang buaya

FOTO FAIL/REUTERS

SYDNEY, 3 Julai - Polis Australia tidak menolak kemungkinan kanak-kanak berusia 12 tahun yang hilang di kawasan terpencil di utara Australia, diserang buaya.

Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan di sepanjang anak sungai kawasan itu.

Kanak-kanak itu hilang pada petang Selasa selepas berenang di Mango Creek berhampiran Palumpa, sebuah penempatan kecil yang sebahagian besarnya Orang Asli.

Ia mengambil masa kira-kira tujuh jam memandu ke barat daya ibu kota wilayah Darwin.

"Laporan awal menyatakan kanak-kanak itu telah diserang oleh seekor buaya," kata Polis Wilayah Utara dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa pegawai kini mencari sebahagian besar di anak sungai melalui bot'.

Serangan buaya jarang berlaku di Wilayah Utara Australia yang jarang penduduknya.

Pada 2013 seekor buaya sepanjang 4.5 meter (15 kaki) ditembak dan dibunuh selepas dijumpai penduduk tempatan berhampiran Palumpa.

Di kawasan sama pada 2017, seorang lelaki berusia 54 tahun diserang buaya, bagaimanapun dia berjaya menyelamat diri.

Awal tahun ini, seekor buaya selepas mengancam komuniti Wilayah Utara yang berbeza. - AFP

TETITIA YUSOFF