LUCKNOW, 3 Julai - Sekurang-kurangnya 116 orang maut manakala 18 lagi cedera dalam kejadian angin kuat ketika perhimpunan keagamaan Hindu di utara India semalam.
Ia merupakan tragedi terburuk pernah berlaku dalam tempoh lebih 10 tahun ini.
Dalam kejadian itu seorang agamawan terkenal sedang memberikan khutbah agama kepada orang ramai berhampiran bandar Hathras di utara India.
Ribut kuat yang berdebu menyebabkan tetamu yang hadir menjadi panik sehingga mereka berlari bergelimpangan.
Ramai mangsa mati tertindih atau dipijak. Ada kalangan mereka berlari sehingga masuk ke dalam longkang tepi jalan.
Pesuruhjaya Chaitra V, berkata akibat angin kuat dan berdebu menyebabkan mereka tidak dapat melihat dengan jelas sehingga mencetuskan pergaduhan sesama mereka.
Perdana Menteri India, Narendra Modi mengumumkan pampasan sebanyak ASD$2,400 (RM11,300) kepada waris terdekat mereka yang meninggal dunia dan ASD$600 (RM2.800) kepada mereka yang cedera dalam "insiden tragis" itu.
Ketua pegawai perubatan negeri, Umesh Kumar Tripathi berkata kebanyakan orang yang meninggal dunia adalah wanita. - AFP