fb fb fb fb fb

Kanak-kanak di Myanmar harus dilindungi - PBB

YANGON, 15 Jun- Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar kanak-kanak di Mynmar dilindungi daripada serangan kejam junta negara itu.

Ketika ini laporan menunjukkan sekurang-kurangnya 382 kanak-kanak telah dibunuh atau diseksa kumpulan bersenjata sejak rampasan kuasa tahun lepas.

Menurut pelapor khas PBB, Tom Andrews, hak kanak-kanak di Myanmar, sama seperti hak kanak-kanak di seluruh dunia, mesti dihormati dan diperakui, bermula dengan hak asasi untuk hidup.

Bagaimanapun jelas beliau di Myanmar, hak kanak-kanak dan ahli keluarga terbatas, kanak-kanak bukan sahaja terperangkap dalam pertempuran, tetapi mereka juga menjadi sasaran.

(Foto fail/ AFP)

Laporan itu mengesyorkan negara anggota PBB menyelaras usaha untuk menerima pakai prosedur operasi bagi membenarkan tindak balas kemanusiaan segera dan tepat pada masanya serta beralih daripada geran terhad kepada pembiayaan teras.

Serangan tentera ke atas penduduk awam telah menyebabkan lebih 250,000 kanak-kanak hilang tempat tinggal, dan lebih setengah juta kanak-kanak menjadi pelarian di negara jiran.

Kira-kira 7.8 juta kanak-kanak tidak mendapat akses pendidikan akibat rampasan kuasa. -AFP

Media Baharu