fb fb fb fb fb

Kerajaan Sri Lanka beri cuti tambahan kepada penjawat awam, beri peluang bercucuk tanam

(FOTO AFP)

COLOMBO, 15 Jun- Ekoran kebimbangan kekurangan bekalan makanan, penjawat awam di Sri Lanka diberi cuti tambahan sehari untuk menggalakkan mereka bercucuk tanam.

Cuti itu diberikan ketika negara itu berdepan krisis ekonomi terburuk lebih 70 tahun.

Kelulusan itu diberikan Isnin lalu apabila pekerja sektor awam diberi cuti setiap Jumaat dalam tempoh tiga bulan.

Sri Lanka mempunyai kira-kira satu juta kakitangan kerajaan.

(Foto fail/AFP)

Keputusan itu sebahagiannya untuk membantu pekerja yang menghadapi kesukaran untuk bekerja akibat kekurangan bahan api serta menggalakkan mereka menanam buah-buahan dan sayur-sayuran untuk membantu menyara diri dan keluarga.

Sri Lanka sedang bergelut untuk membayar import kritikal seperti makanan, bahan api dan ubat-ubatan kerana ia berdepan dengan kekurangan mata wang asing.

Kerajaan sedang berbincang mengenai pakej bantuan ekonomi, dengan delegasi Tabung Kewangan Antarabangsa, IMF dijangka tiba di Colombo Isnin depan. -AFP

Media Baharu