fb fb fb fb fb

Kanada tangguh ujian COVID-19 secara rawak

Kanada, 11 Jun - Kanada menangguhkan ujian COVID-19 secara rawak di lapangan terbang sehingga akhir bulan ini.

Keputusan itu dibuat bagi mengelak kesesakan dan mengurangkan masa menunggu yang terlalu lama di lapangan terbang terutama menjelang kemuncak cuti musim panas.

Menurut kenyataan rasmi kerajaan, ujian saringan ditangguhkan mulai hari ini dan disambung semula pada 1 Julai.

(FOTO FAIL)

Di Toronto dan Montreal, penumpang mengambil masa beberapa jam sebelum dapat keluar dari lapangan terbang.

Rata-rata mereka mendakwa terkandas lama di dalam pesawat selepas mendarat selain terpaksa beratur panjang di kaunter pemeriksaan bagasi. - AFP

Media Baharu