fb fb fb fb fb

Askar upahan asing Ukraine dihukum mati; Britain dakwa penghakiman langgar konvensyen Geneva

DONETSK, 11 Jun- Britain mendakwa penghakiman terhadap dua lelaki warganya yang dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah di salah satu proksi Rusia di timur Ukraine melanggar konvensyen Geneva.

Menteri Luar Britain Liz Truss berkata pihaknya sedang berusaha dengan Ukraine untuk mendapatkan pembebasan mereka yang ditawan pemberontak pro proksi Rusia itu.

Kementerian Luar Rusia berkata reaksi Britain terhadap hukuman itu adalah keterlaluan dan menyarankan ia membuat rayuan kepada pihak berkuasa Republik Rakyat Donetsk, DPR.

Pemberontak pro-Russia menjatuhi hukuman mati kepada dua rakyat Britain dan seorang warga Maghribi yang ditawan ketika berjuang untuk Ukraine.

Pihak berkuasa pemisah di wilayah Donetsk, mengarahkan hukuman mati ke atas Aiden Aslin, Shaun Pinner dan Saaudun Brahim selepas mereka dituduh bertindak sebagai askar upahan untuk Kiev.

Britain tidak mengiktiraf DPR dan kerajaan Ukraine tidak mempunyai kawalan ke atas bahagian timur Ukraine yang dikuasai pemisah. -REUTERS

 


(Menteri Luar Britain Liz Truss berkata pihaknya sedang berusaha dengan Ukraine untuk mendapatkan pembebasan mereka yang ditawan pemberontak pro proksi Rusia itu)
FOTO REUTERS

Media Baharu