fb fb fb fb fb

Moderna berkesan untuk kanak-kanak 5-11 tahun

AMERIKA SYARIKAT, 11 Jun - Pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat mengesahkan data yang disediakan oleh Moderna mengenai keberkesanan vaksin COVID-19 keluarannya terhadap kanak-kanak berusia bawah lima tahun adalah tepat.

Menurut kenyataan Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) keberkesanan vaksin Moderna terhadap kes gejala Covid-19 dalam kalangan bayi berumur enam bulan hingga kurang daripada dua tahun adalah 51 peratus.

(FOTO BERNAMA)

Manakala dalam kalangan kanak-kanak berumur dua hingga lima tahun sebanyak 37 peratus.

Walaupun vaksin Moderna terbukti kurang berkesan terhadap varian Omicron, FDA berpendapat ia sangat baik dalam melindungi daripada jangkitan yang teruk. - AFP

Media Baharu