fb fb fb fb fb

Kanada kawal jual beli senjata

OTTAWA, 31 Mei - Kanada memperkenalkan undang-undang untuk membekukan jual beli pistol, sebagai sebahagian daripada pakej kawalan senjata api di seluruh negara itu.

Menerusinya, kapasiti simpanan peluru turut dihadkan manakala penjualan alat permainan seakan pistol dilarang sama sekali.

Undang-undang baharu itu dibuat seminggu selepas seorang lelaki bersenjata membunuh 19 kanak-kanak dan dua guru di dalam bilik darjah dekat Uvalde, Texas, Amerika Syarikat (AS).

Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau berkata langkah itu perlu memandangkan keganasan senjata api semakin meningkat.

(Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau)

"Kami sedang memperkenalkan undang-undang untuk membekukan pemilikan pistol di seluruh negara. Ini bermakna rakyat tidak lagi boleh membeli, menjual, memindahkan atau mengimport pistol di seluruh Kanada. Dalam erti kata lain, kami mengehadkan pasaran untuk pistol,"

Larangan pemilikian senjata api nasional itu bagaimanapun mengecualikan keperluan bagi penembak sukan elit, atlet Olimpik dan pengawal keselamatan.

Bagi rakyat yang sudah memiliki pistol , mereka juga dibenarkan untuk menyimpannya.- REUTERS

Media Baharu