fb fb fb fb fb

Enggan membayar dalam mata wang ruble, syarikat tenaga Rusia gantung bekalan gas ke Belanda

MOSCOW, 31 Mei- Syarikat tenaga dari Rusia, Gazprom menggantung bekalan gas kepada syarikat tenaga Belanda, GasTerra mulai esok selepas syarikat itu enggan membayar dalam mata wang ruble.

Gazprom dalam kenyataan berkata, mereka tidak menerima sebarang bayaran daripada GasTerra untuk gas yang dibekalkan pada April, seperti yang termaktub dalam kontrak.

Mereka memutuskan untuk menangguhkan bekalan bermula hari ini, sehingga pembayaran dilunaskan.

Ini bermakna, bekalan 2 bilion meter padu gas sehingga 30 September seperti di dalam kontrak, tidak akan dihantar.

(Foto fail/ AFP)

Terdahulu, GasTerra mengumumkan pihaknya enggan membayar bekalan dalam matawang ruble.

Syarikat yang sebahagiannya dimiliki kerajaan Belanda itu sudah pun menjangkakan sekatan itu, dan telah membeli bekalan gas dari pembekal lain.

Terdahulu, Rusia turut menggantung bekalan kepada Bulgaria, Poland dan Finland, berikutan negara-negara berkenaan turut enggan membayar dengan Ruble. -AFP

Media Baharu