fb fb fb fb fb

Banjir, tanah runtuh: Angka korban meningkat 100 orang

(FOTO REUTERS)

RECIFE, 1 Jun- Angka kematian akibat banjir dan tanah runtuh di timur laut Brazil meningkat kepada 100 orang.

Tanah runtuh turut menyebabkan rumah di kawasan penempatan komuniti miskin di luar bandar Recife, musnah.

Sebelum ini anggota penyelamat telah menemui berpuluh-puluh mayat tertimbus di dalam lumpur pada Sabtu dan menjangkakan lebih banyak mangsa akan ditemukan.

Ini kerana sekurang-kurangnya 14 orang lagi masih hilang.

Presiden Jair Bolsonaro turut ke lokasi bencana dengan menyiarkan video di Twitter miliknya.

Beliau turut menjelaskan juruterbang helikopter berusaha untuk mendarat ke satu lokasi namun dinasihatkan untuk tidak mendarat.

Ini kerana struktur tanah yang tidak stabil menyukarkan untuk pendaratan.

Bolsonaro turut mengimbas kembali tragedi bencana banjir yang memusnahkan Brazil dan telah mengorbankan ratusan nyawa dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini.

Menurut pakar, bencana diburukkan lagi oleh perubahan iklim. -AFP

(Pasukan bomba menyelamatkan penduduk di kawasan banjir di Recife, Pernambuco di Brazil/FOTO AFP)

BERITA  BERKAITAN 
Sudah 79 orang mati, puluhan penduduk hilang, hujan lebat di Brazil

 

Media Baharu