OTTAWA, 15 Julai- Kanada meluluskan pemberian vaksin COVID-19 daripada Moderna Inc (MRNA.O) kepada bayi seawal usia enam bulan.
Health Canada menawarkan vaksin jenis Moderna's Spikevax kepada golongan kanak-kanak berusia 5 tahun ke atas sejak Mac dan langkah ini bakal memberi manfaat kepada 1.7 juta lagi kanak-kanak yang layak untuk inokulasi terhadap COVID-19.
Moderna telah memohon peluasan kelayakan untuk vaksinnya pada akhir April.
"Selepas kajian saintifik yang menyeluruh dan bebas terhadap bukti, Kesihatan Kanada telah menentukan bahawa manfaat vaksin ini untuk kanak-kanak berumur antara 6 bulan dan 5 tahun melebihi potensi risiko," kata Kesihatan Kanada dalam satu kenyataan.
Pihak berkuasa kesihatan telah mengesyorkan bahawa kanak-kanak di bawah umur 5 tahun diberi dos vaksin satu per empat saiz yang dibenarkan untuk orang yang berumur lebih 12 tahun.
"Vaksin adalah selamat dan berkesan dan ia kekal sebagai pertahanan terbaik terhadap penyakit serius dan kemasukan ke hospital. Justeru, pastikan diri anda dan anak-anak anda divaksinasi," kata Perdana Menteri Justin Trudeau di Twitter selepas kelulusan itu.
Vaksin secara amnya diterima baik di Kanada dengan kira-kira 82% daripada semua warga Kanada telah menerima dua dos vaksin COVID-19.
Jumlah tersebut termasuk lebih 40% kanak-kanak antara lima dan 11 yang telah diberi vaksin sepenuhnya.
Firma kesihatan, Pfizer Inc turut menyerahkan data bulan lepas untuk vaksinnya (Comirnaty) diluluskan bagi kumpulan umur 6 bulan hingga 5 tahun.-REUTERS
(FOTO REUTERS)