fb fb fb fb fb

KALPA ikrar teruskan mogok penerbangan

(Foto Laman Web Kenya Airways)

NAIROBI, 4 November- Juruterbang di syarikat penerbangan Kenya Airways merancang untuk melancarkan mogok bermula Sabtu ini bagi mendapatkan persekitaran kerja yang lebih baik walaupun mahkamah telah mengeluarkan perintah larangan terhadap tindakan berkenaan menurut Kesatuan Juruterbang Penerbangan Kenya (KALPA).

Syarikat Kenya Airways, sebahagiannya merupakan pemilikan oleh kerajaan serta syarikat penerbangan Belanda (KLM) dan merupakan satu syarikat penerbangan terbesar di benua Afrika, namun menghadapi kesukaran akibat beberapa faktor seperti kekurangan penumpang serta kenaikan harga minyak global.

KALPA berkata beberapa siri pertemuan telah diadakan dengan pengurusan syarikat, namun tiada titik penyelesaian dicapai.

(Foto Laman Web Kenya Airways)

Menurut Setiausaha KALPA, Kapten Murithi Nyaga, tiada penerbangan Kenya Airways akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Jomo Kenyatta pada Sabtu.


"Tindakan pengurusan Kenya Airways menyebabkan kami tiada pilihan lain selain notis 14 hari mengenai tindakan itu tidak diendahkan," kata Nyaga.

Isnin lalu, syarikat penerbangan itu memenangi perintah mahkamah bagi menghentikan mogok, tetapi KALPA bagaimanapun berikrar meneruskan mogok yang telah dirancang sebelum ini sebagai tanda protes.

"Tindakan industri tidak diperlukan pada ketika ini, kerana ia akan melambatkan dan mengganggu pemulihan kewangan dan operasi serta menyebabkan kerosakan reputasi kepada Kenya Airways," kata pengerusi lembaga Michael Joseph dalam satu kenyataan.

Media Baharu