BRUSSELS, 13 Oktober 2025 -Ketua dasar luar Kesatuan Eropah, Kaja Kallas, pada Isnin menyambut baik pembebasan tujuh tebusan Israel oleh pejuang Hamas .
Beliau menyifatkan ia sebagai pencapaian penting ke arah keamanan.
Perjanjian gencatan senjata dan pembebasan tebusan yang dimeterai minggu lalu antara Hamas dan Israel, dengan penglibatan beberapa negara sebagai perantara.
Perjanjian itu dilihat sebagai satu langkah awal penting dalam mengurangkan ketegangan di rantau tersebut selepas konflik berdarah yang berlarutan sejak Oktober 2023. - AFP