fb fb fb fb fb

Kadar pengangguran di China meningkat

FOTO REUTERS

BEIJING, 17 Ogos - Kadar pengangguran golongan belia di China meningkat kepada 17.1 peratus pada Julai.

Angka rasmi itu menunjukkan ia menjadi paras tertinggi tahun ini, ketika negara itu menghadapi krisis ekonomi.

China bergelut dengan masalah pengangguran dan jumlah keberhutangan yang tinggi.

Perdana Menteri China Li Qiang yang bertanggungjawab ke atas dasar ekonomi, pada Jumaat memanggil syarikat terjejas untuk menyatakan masalah mereka untuk dibantu, menurut agensi berita negara Xinhua.

Biro Perangkaan Kebangsaan (NBS) menyatakan pada Jumaat kadar pengangguran dalam kalangan belia berumur 16 hingga 24 tahun meningkat dengan ketara daripada 13.2 peratus pada Jun.

Hampir 12 juta pelajar lulusan dari universiti China pada Jun menghadapi persaingan tinggi dalam pasaran pekerjaan yang dijangka akan bertambah teruk menjelang Julai.

Pada Mei Presiden Xi Jinping berkata menjadi keutamaanya kini dalam usaha atasi masalah pengangguran. - AFP

TETITIA YUSOFF