fb fb fb fb fb

Beribu-ribu penduduk di Jasper mula pulang ke kediaman masing-masing

FOTO REUTERS

MONTREAL, 17 Ogos - Kira-kira 25,000 penduduk dan pelancong di Jasper sudah boleh pulang kediaman masing-masing selepas terpaksa berpindah kerana kejadian kebakaran besar di kawasan itu, kata pihak berkuasa.

Mereka melarikan diri dari kawasan itu sejak tiga minggu lalu apabila api tiba-tiba marak dan merebak.

"Ia akan mengambi masa yang lama, ia akan menjadi sukar," kata Datuk Bandar Richard Ireland di media sosial pada Jumaat.

Kebakaran itu disebabkan sambaran petir di kawasan yang dilanda kemarau, memusnahkan lebih 350 daripada 1,100 bangunan di bandar itu, yang menempatkan kira-kira 5,000 orang.

Hingga petang Khamis, kebakaran di Taman Negara Jasper dianggarkan seluas 33,000 hektar (13,400 ekar) merupakan kejadian terbesar pada abad ini.

Amaran daripada pihak berkuasa menyatakan kebakaran itu dijangka berlarutan hingga beberapa bulan lagi.

Penduduk yang pulang menghadapi kesukaran untuk membersih kediaman masing-masing dan mendapati banyak kerosakan.

"Apabila anda masuk ke dalam bandar dan melihat sisa kebakaran, dan segala-galanya di sekelilingnya, ketika itulah ia menjadi emosional," kata penduduk Clara Adriano.

Secara keseluruhan terdapat 104 kebakaran aktif di wilayah Alberta.

Gelombang haba berulang dan keadaan kering dipercayai mempunyai kaitan dengan perubahan iklim global, kata saintis. - AFP

TETITIA YUSOFF