fb fb fb fb fb

Putera Harry bermain bola tampar duduk dengan veteran Colombia

FOTO REUTERS

BOGOTA, 17 Ogos - Putera Harry menyertai permainan bola tampar duduk bersama-sama pasukan veteran Colombia di Bogota pada Jumaat semasa hari kedua lawatannya ke Colombia dengan isterinya Meghan Markle.

Harry dan Meghan, Duke dan Duchess of Sussex bersama-sama Naib Presiden Colombia Francia Marquez, melawat kemudahan sukan Direktorat Veteran dan Pemulihan Inklusif (Divri).

Mereka berdua turut berbual dengan veteran Colombia yang berkhidmat dalam Perang Korea dan veteran kurang upaya akibat konflik bersenjata Colombia.

Harry menyertai sesi latihan dengan pemain bola tampar duduk dan ada di antara daripada mereka akan bertanding dalam Sukan Invictus 2025 di Kanada.

Pasangan diraja itu dijadualkan pergi ke Cali sebuah bandar di barat Colombia pada hujung minggu.

Mereka merancang untuk mengambil bahagian dalam festival Petronio Alvarez, acara meraikan muzik dan budaya Afro-Colombia. - REUTERS

TETITIA YUSOFF