fb fb fb fb fb

Kadar inflasi AS melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh empat dekad

(Indeks harga pengguna (IHP) meningkat 8.5% dalam tempoh 12 bulan hingga Mac/AFP)

WASHINGTON, 13 April - Rakyat Amerika Syarikat (AS) membayar lebih untuk petrol, makanan dan barangan keperluan lain bulan lepas di tengah-tengah gelombang rekod inflasi yang berterusan diburukkan lagi oleh pencerobohan Rusia terhadap Ukraine, menurut data kerajaan yang dikeluarkan.

Indeks harga pengguna (IHP) meningkat 8.5% dalam tempoh 12 bulan hingga Mac, lonjakan terbesar sejak Disember 1981, yang menambah tekanan kepada pentadbiran Presiden Joe Biden walaupun ia mencari lebih banyak cara untuk menghukum Moscow atas serangan terhadap jirannya.

(Orang ramai membeli-belah di kedai runcit di Monterey Park, California, pada 12 April 2022/AFP)

Harga telah melonjak merentasi ekonomi terbesar dunia itu ketika ia cuba pulih daripada pandemik COVID-19, mengheret rating sokongan awam terhadap Biden lebih rendah.

"Perang Russia-Ukraine telah melonjakkan lagi kadar inflasi susulan kenaikan harga sumber tenaga, makanan dan komoditi yang disebabkan masalah rantaian bekalan semakin teruk," kata Kathy Bostjancic dari Oxford Economics.

Berbanding Februari, harga naik 1.2%, sejajar dengan ramalan penganalisis.

Potensi lonjakan harga yang berterusan menyokong jangkaan bahawa Rizab Persekutuan akan mengambil tindakan agresif pada mesyuarat dasarnya bulan depan, berkemungkinan menaikkan kadar pinjaman utama sebanyak setengah mata peratusan berbanding kenaikan suku mata bulan lepas.

"Dengan kekurangan tenaga kerja yang menekan firma untuk menaikkan gaji, kami berada di tengah-tengah kitaran inflasi harga upah yang memerlukan tindakan drastik pada pihak Perbendaharaan untuk meredakan ekonomi daripada ancaman inflasi yang merebak," kata pakar ekonomi Joel Naroff.

Walaupun ekonomi AS telah pulih dengan kukuh daripada pemberhentian pekerja besar-besaran yang menandakan minggu-minggu awal pandemik, inflasi telah menjejaskan pemulihan sejak tahun lepas.

Ketika perniagaan bergelut untuk mencari pekerja dan bekalan yang mencukupi, Perbendaharaan engekalkan kadar faedah yang rendah, dan Kongres meluluskan langkah rangsangan yang meningkatkan permintaan dalam kalangan pengguna. -AFP

Media Baharu