fb fb fb fb fb

Justin Trudeau dijangka umum peletakan jawatan minggu ini

Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau/ Foto Reuters

OTTAWA, 6 Januari - Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau, dijangka mengumumkan peletakan jawatannya minggu ini berikutan peningkatan penentangan dalam Parti Liberal, lapor akhbar The Globe and Mail pada Ahad.

Memetik tiga sumber yang tidak didedahkan tetapi mengetahui hal ehwal dalaman parti, The Globe berkata pengumuman Trudeau mungkin akan dibuat seawal hari Isnin.

Pengumuman tersebut dijangka dilakukan sebelum pertemuan caucus Parti Liberal pada Rabu, menurut sumber-sumber akhbar tersebut.

"Ia masih belum jelas sama ada Trudeau akan kekal dalam kapasiti sementara sementara Parti Liberal mencari pemimpin baru," menurut laporan The Globe.

Trudeau meraih kemenangan besar pada tahun 2015 dan memimpin Parti Liberal meraih dua lagi kemenangan pilihan raya pada 2019 dan 2021.

Namun, beliau kini ketinggalan 20 mata di belakang pesaing utamanya, Pierre Poilievre dari Parti Konservatif, dalam tinjauan pendapat awam. - AFP

TETITIA YUSOFF