fb fb fb fb fb

Juruterbang tertidur semasa penerbangan, Batik Air diberi amaran keras

Kementerian Pengangkutan Indonesia memberi amaran keras kepada Batik Air susulan insiden juruterbang dan pembantu juruterbang syarikat penerbangan komersial itu tertidur semasa penerbangan dari Sulawesi Tenggara ke Jakarta pada 25 Januari lalu / Foto Hiasan

JAKARTA, 10 Mac - Kementerian Pengangkutan Indonesia memberi amaran keras kepada Batik Air susulan insiden juruterbang dan pembantu juruterbang syarikat penerbangan komersial itu tertidur semasa penerbangan baru-baru ini.

Ketua Pengarah Penerbangan Awam Kementerian, M. Kristi Endah Murni berkata siasatan menyeluruh akan dijalankan dan hukuman bakal ditentukan selepas keputusan siasatan diperolehi.

"Kami akan menjalankan siasatan dan semakan operasi penerbangan malam di Indonesia berkaitan pengurusan risiko keletihan untuk Batik Air dan semua operator penerbangan," kata Kristi dalam satu kenyataan.

Laporan awal Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan mendedahkan bahawa kedua-dua juruterbang itu tertidur kira-kira 28 minit semasa penerbangan Batik Air BTK6723 dari Sulawesi Tenggara ke Jakarta pada 25 Januari lepas.

Kedua-dua juruterbang itu kini digantung mengikut prosedur dalaman.

Bagaimanapun, terdapat beberapa kesilapan navigasi namun pesawat yang membawa 153 penumpang dan empat pramugari, selamat mendarat tanpa sebarang kecederaan.

Kristi menegaskan, syarikat penerbangan harus mengutamakan masa dan kualiti rehat juruterbang dan kru penerbangan kerana ia mempengaruhi tugas mereka semasa penerbangan.-AFP

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN