fb fb fb fb fb

Juruterbang maut dalam nahas pesawat di Iraq

Foto fail/AFP)

BAGHDAD,19 Disember- Seorang juruterbang terbunuh dan seorang lagi cedera apabila pesawat yang dinaiki terhempas semasa menjalankan operasi keselamatan untuk Pilihan raya Wilayah Iraq pada Isnin.

Kementerian Pertahanan dalam kenyataan berkata pesawat tentera itu menghadapi masalah teknikal sejurus berlepas dari pangkalan udara di Tuz Khurmatu, selatan Kirkuk, pada petang Isnin.

Pilihan raya Wilayah Iraq adalah yang pertama dilaksanakan dalam tempoh 10 tahun selepas terhenti disebabkan perbezaan politik. Pilihan raya kali ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden. Kali terakhir pilihan raya wilayah diadakan diadakan di Iraq pada April 2013.

Suruhanjaya pilihan raya melaporkan peratusan keluar mengundi sebanyak 41 peratus.

Keputusan awal diumumkan pada Selasa.-AFP

ROSLINA BINTI DIN