fb fb fb fb fb

19,453 Rakyat Palestin terkorban

Serangan Israel di Rafah/ AFP

GAZA,19 Disember- Angka korban di Gaza meningkat kepada 19,453 orang.

Memetik laporan agensi berita Palestin, WAFA, sumber kesihatan memaklumkan lebih 52,000 rakyat Palestin cedera dalam serangan Israel sejak bermulanya konflik Palestin-Israel pada 7 Oktober lalu.

Mereka yang cedera kebanyakannya adalah wanita dan kanak-kanak.

Sementara itu, pesawat Israel terus membedil banyak kawasan di Gaza. Terbaharu, lebih 200 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya kanak-kanak.

Rejim zionis menyasarkan Rafah dan Khan Yunis, selatan dan tengah Semenanjung Gaza pada waktu subuh.

Pihak kesihatan Rafah melaporkan sekurang-kurangnya 25 orang awam Palestin terbunuh, termasuk wartawan Adel Zorob dan sejumlah kanak-kanak dan wanita, dalam pengeboman yang menyasarkan tiga rumah milik keluarga Zorob, yang menyebabkan 14 orang uterkorban.

Beberapa orang lagi terbunuh dan cedera dalam serbuan Israel di pelbagai kawasan Rafah.

Dalam pada itu, jumlah wartawan yang terkorban meningkat kepada 94 orang dan pembunuhan terbaharu wartawan Haneen Al-Qashtan berlaku semalam. Israel menyasarkan menyasarkan golongan wartawan bagi menghapuskan fakta dan naratif Palestin.

Sebilangan besar rakyat Palestin terbunuh dan cedera dalam serangan ganas di timur dan utara Khan Yunis dan di Deir al-Balah.

Sumber tempatan melaporkan bahawa pesawat pendudukan Israel mengebom dua rumah di kem Nuseirat dan Deir al-Balah, di tengah Semenanjung Gaza, membunuh sekurang-kurangnya sembilan rakyat, termasuk lima kanak-kanak, dan mencederakan yang lain.

ROSLINA BINTI DIN