fb fb fb fb fb

Jururawat, pengawal keselamatan cedera diserang di Hospital Sydney

Foto Hiasan

SYDNEY, 22 Jun - Seorang lelaki bersenjatakan pisau telah ditahan selepas tiga pengawal keselamatan dan seorang jururawat cedera di hospital Sydney, lapor Xinhua.

Polis menerima laporan berhubung kejadian di Westmead pada 11.30 malam waktu tempatan Jumaat.

Sejurus tiba, pegawai dimaklumkan bahawa seorang lelaki berusia 39 tahun telah menikam dua pengawal keselamatan lelaki, masing-masing berumur 25 dan 24 tahun, manakala seorang lagi pengawal keselamatan lelaki mengalami kecederaan di bahu.

Selain itu, seorang jururawat lelaki berusia 29 tahun turut mengalami cedera ringan.

Menurut laporan Perbadanan Penyiaran Australia, lelaki terbabit adalah pesakit hospital berkenaan dan keempat-empat kakitangan hospital cedera ketika cuba menahannya.- BERNAMA-XINHUA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI