fb fb fb fb fb

Junta Mynmar beri pengampunan kepada 1,600 banduan penjara

YANGON, 17 April 17- Junta Myanmar akan membebaskan lebih 1,600 banduan dari penjara di seluruh negara hari ini sebagai tanda sambutan tahun baharu dalam kalendar Buddha.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan sama ada pengampunan akan diberikan kepada penunjuk perasaan atau penjenayah biasa.

Negara Asia Tenggara itu bergolak sejak penggulingan tentera kerajaan Aung San Suu Kyi tahun lalu, yang mencetuskan bantahan besar-besaran sehingga tindakan keras terpaksa dilakukan.

Kira-kira 1,619 banduan, termasuk 42 warga asing telah mendapat pengampunan dan akan dibebaskan sempena tahun baharu, menurut pengumuman yang disiarkan stesen televisyen tempatan, pada Ahad.

Laporan juga tidak menyebut individu yang akan menerima pengampunan seperti ahli akademik Australia Sean Turnell, bekas penasihat kepada Aung San Suu Kyi, yang ditangkap sejurus selepas rampasan kuasa.

Beliau kini dibicarakan kerana didakwa melanggar akta rahsia rasmi, yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun.

(FOTO AFP)

Butiran tepat mengenai dakwaan kesalahannya belum didedahkan kepada umum, meskipun stesen televisyen tempatan berkata beliau mempunyai akses kepada "maklumat rahsia kewangan negara" serta cubaan melarikan diri dari negara itu.

Myanmar lazimnya memberikan pengampunan tahunan kepada ribuan banduan sebagai tradisi pada sambutan Tahun Baharu Buddha.

Berbeza dengan tahun ini, pihak tentera masih meneruskan kekerasan di jalan-jalan utama ibu negara susulan bantahan pemerintah junta. -AFP

Media Baharu