KIEV, 17 April- Rusia melancarkan serangan udara ke atas Kiev semalam.
Kejadian berlaku ketika Presiden Volodymyr Zelensky memberi amaran rundingan damai dengan Moscow akan dibatalkan sekiranya tentera Ukraine di bandar pelabuhan yang dikepung di Mariupol terbunuh.
Pertumpahan darah terbaharu di ibu negara Ukraine dan tekanan yang semakin meningkat ke atas Mariupol berlaku apabila Canselor Austria, pemimpin Eropah pertama yang bertemu dengan Vladimir Putin secara peribadi sejak pencerobohan bermula.
Kepulan asap di daerah Darnyrsky dianggap serangan 'jarak jauh berketepatan tinggi' ke atas sebuah kilang persenjataan, membunuh seorang dan mencederakan beberapa yang lain.
Sejumlah anggota polis dan tentera turut dikerah ke sekitar kawasan kilang yang mengalami kerosakan teruk itu.
(FOTO AFP)
"Pasukan kami melakukan segala yang mungkin untuk melindungi keselamatan semua, tetapi musuh adalah berbahaya dan kejam," kata Datuk Bandar Kyiv, Vitali Klitschko.
Serangan itu berlaku sehari selepas serangan sama ke atas loji yang menghasilkan peluru berpandu Neptune, jenis yang menurut Kiev dan Washington, menenggelamkan kapal utama Laut Hitam Russia, Moskva pada Khamis lalu.
Sementara itu, bandar kedua terbesar di Ukraine, Kharkiv berlaku serangan peluru berpandu Russia di daerah kediaman, membunuh sekurang-kurang dua orang semalam dan mencederakan 18 yang lain, kata pejabat pendakwa raya.
Menteri Dalam Negeri Ukraine, Denys Monastyrsky berkata, tiga orang terbunuh dan empat lagi parah dalam operasi di Kharkiv. -AFP