fb fb fb fb fb

Banjir Afrika Selatan, angka korban lebih 300 orang

DURBAN, 17 April - Angka kematian kini meningkat kepada 398 orang, 27 lagi dilaporkan masih hilang dalam kejadian banjir besar di bahagian Tenggara Afrika Selatan.

Manakala, lebih daripada 40,000 telah kehilangan tempat tinggal menurut kerajaan dalam satu kenyataan.

Banjir yang melanda memusnahkan jalanraya, hospital dan menghanyutkan rumah serta mereka yang terperangkap di dalamnya.

Pegawai Perkhidmatan Perubatan Kecemasan Durban, Robert McKenzie berkata hujan lebat masih berlaku di wilayah tenggara KwaZulu-Natal (KZN).

Justeru, Durban masih diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.

Operasi pemulihan dan bantuan kemanusiaan sedang dijalankan di bandar yang berpenduduk 3.5 juta orang itu.

"Masih ada mayat yang ditemui dalam rumah, terutamanya dari kawasan luar bandar," kata Shawn Herbst dari syarikat responden pertama Netcare 911 kepada AFP.

"Masih terdapat kerosakan yang berlaku, terutamanya dengan hujan yang kita alami hari ini", katanya.

Hujan hujung minggu ini tidak akan menjadi seperti beberapa hari lalu", kata Puseletso Mofokeng, peramal Perkhidmatan Cuaca Afrika Selatan.

Enam hari selepas banjir melanda, harapan untuk mencari mangsa yang terselamat semakin sukar dan Jurucakap Perkhidmatan Perubatan Kecemasan Durban, Robert McKenzie berkata tindakan kini tertumpu kepada pemulihan dan bantuan kemanusiaan.

“Kami telah beralih daripada fasa kecemasan kepada fasa pemulihan bencana, lebih kepada usaha bantuan kemanusiaan dan pemulihan perkhidmatan,” katanya.-AFP

FOTO AFP

Media Baharu