fb fb fb fb fb

Jumlah kematian Haiti meningkat, kurang sokongan antarabangsa - PBB

Kenderaan dibakar oleh kumpulan samseng di Port-au-Prince/REUTERS

HAITI, 19 April- Lebih 2,500 orang terbunuh atau cedera dalam keganasan kumpulan di Haiti dari Januari hingga Mac. Angka itu meningkat 53 peratus berbanding tiga bulan terakhir 2023, kata Pejabat Bersepadu Pertubuhan Bangsa Bersatu di Haiti (BINUH) pada Jumaat.

Sekurang-kurangnya 590 terbunuh semasa operasi polis, kata BINUH dalam satu laporan manakala 141 yang lain telah dibunuh oleh kumpulan keadilan vigilante.

Kebanyakan keganasan berlaku di ibu negara Port-au-Prince, manakala sekurang-kurangnya 438 orang telah diculik di seluruh kawasan barat yang lebih luas dan wilayah pertanian Artibonite.

Kawasan La Saline dan Cite Soleil di sebelah pelabuhan di ibu negara mempunyai serangan berskala besar paling lama.

Menurut laporan ahli kumpulan samseng terus melakukan keganasan terhadap wanita dan gadis di kawasan kejiranan serta di penjara dan kem pemindahan.

Sementara itu Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan beratus-ratus ribu telah dipindahkan secara dalaman oleh kumpulan samseng. Biarpun mendapat kritikan oleh badan dunia itu, negara seperti Amerika Syarikat dan negara Republik Dominican masih menghantar pulang pendatang ke Haiti.

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat memberitahu Reuters berkenaan penghijrahan tidak teratur rakyat Haiti melalui Caribbean "kekal rendah," walaupun banyak jiran telah memindahkan dan memperkuat sempadan mereka.

Keganasan kumpulan bertambah buruk selama bertahun-tahun dan semakin meruncing pada 29 Februari apabila Perdana Menteri yang tidak dipilih Ariel Henry pergi ke Kenya untuk mempercepatkan misi sokongan keselamatan antarabangsa yang dirancang.

Namun selepas beberapa hari kemudian beliau meletak jawatan bawah tekanan Amerika Syarikat.

Dengan kerajaan baharu yang belum ditubuhkan BINUH berkata, kumpulan samseng telah "mengubah taktik" dengan menyasarkan serangan terhadap institusi awam dan infrastruktur strategik, seperti pelabuhan utama dan lapangan terbang.

Sekurang-kurangnya 22 bangunan polis dirompak dan dibakar. Insiden itu turut menyebabkan 19 pegawai polis terbunuh atau cedera, katanya. Sekatan laluan bekalan memburukkan lagi krisis penjagaan kesihatan selain meimbulkan isu kelaparan.

Laporan itu mengulangi misi keselamatan yang diminta Henry pada 2022. Ia telah diluluskan sejak enam bulan lalu, tetapi pelaksanaannya terhad untuk kedua-dua tentera dan dana ditangguhkan sementara menunggu pembentukan kerajaan baharu.

Ia juga menyeru agar sekatan dikemas kini selain menyekat penyeludupan senjata.

Penyediaan laluan selamat juga penting untuk menyampaikan barangan keperluan dan program pemulihan untuk kanak-kanak kerana mereka direkrut untuk menjadi kumpulan samseng.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI