fb fb fb fb fb

Krisis tenaga elektrik, Presiden Ecuador isytihar darurat

Stesen janakuasa hidroelektrik Ecuador, Coca Codo Sinclair di Napo/REUTERS

QUITO,20 April- Presiden Ecuador Daniel Noboa mengisytiharkan darurat kedua pada Jumaat berikutan krisis tenaga yang telah menyebabkan catuan di negara Amerika Selatan itu.

Noboa, mengambil alih jawatan pada November lalu telah mengisytiharkan kecemasan tenaga dan memulakan pemotongan elektrik awal minggu ini.

Namun pemotongan akan digantung pada Ahad untuk referendum yang dilihatnya akan menang melalui pelbagai langkah keselamatan.

Pengisytiharan tergempar pertamanya, pada Januari, berusaha untuk menjinakkan jenayah yang semakin meningkat dengan membenarkan lebih banyak penyelarasan antara tentera dan polis.

Menurut dekri yang diterbitkan, dalam keadaan darurat selama 60 hari, Noboa mengerahkan tentera dan polis untuk mengawal infrastruktur tenaga.

Keadaan darurat terkini bertujuan untuk "menjamin kesinambungan perkhidmatan awam elektrik."

Kemarau yang sebahagiannya disebabkan oleh Fenomena iklim yang dikenali sebagai El Nino telah menyebabkan kemarau dan menjejaskan paras empangan hidroelektrik.

Empangan hidroelektrik yang menghasilkan sebahagian besar tenaga elektrik di Ecuador.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI