GAZA, 6 Oktober – Jumlah kematian di Semenanjung Gaza meningkat kepada 67,139 orang, manakala 169,583 yang lain cedera sejak konflik antara Hamas dan Israel meletus pada 7 Oktober 2023, menurut kenyataan pihak berkuasa kesihatan Gaza pada Ahad.
Dalam tempoh 24 jam lalu, serangan ketenteraan Israel meragut 65 nyawa penduduk Palestin dan mencederakan 153 yang lain, menurut kenyataan tersebut.
Sejak Israel menyambung semula operasi ketenteraan berskala penuh di Gaza pada 18 Mac tahun ini selepas gencatan senjata singkat, seramai 13,549 penduduk Palestin terbunuh dan 57,542 cedera.
Pihak berkuasa turut melaporkan satu kes kematian akibat kebuluran dan kekurangan zat makanan dalam tempoh sehari lalu.
Angka itu menjadikan jumlah korban akibat malnutrisi meningkat kepada 460 orang, termasuk 154 kanak-kanak.
Sejak pihak berkuasa tempatan mengisytiharkan keadaan kebuluran di Semenanjung Gaza, jumlah kematian mencecah 182 orang, merangkumi 39 kanak-kanak. -REUTERS