fb fb fb fb fb

Jualan iPhone di China menjunam 24% apabila populariti Huawei melonjak

FOTO REUTERS

BEIJING, 5 Mac - Jualan produk Apple di China merekodkan penurunan sebanyak 24 peratus dalam enam minggu pertama tahun 2024.

Menurut firma penyelidikan Counterpoint, situasi itu disebabkan Amerika Syarikat (AS) menghadapi persaingan domestik seperti Huawei.

Pesaing utama AS di China dalam telefon pintar, iaitu Huawei menyaksikan peningkatan jualan sebanyak 64 peratus dalam tempoh sama, menurut laporan itu.

Situasi itu juga menimbulkan kebimbangan mengenai kelembapan permintaan untuk syarikat AS yang meramalkan pendapatannya pada suku semasa adalah $6 bilion, bawah jangkaan Wall Street.

Saham pembuat iPhone ditutup 2.8 peratus lebih rendah pada Selasa dan telah kehilangan kira-kira 12 peratus daripada nilai mereka setakat tahun ini.

Laporan Counterpoint mengatakan Apple dalam pasaran telefon pintar China turun kepada 15.7 peratus dan meletakkannya di tempat keempat, berbanding tempat kedua dalam tempoh tahun lalu apabila ia mempunyai 19% dalam pasaran.

Huawei naik ke tempat kedua apabila pasarannya berkembang kepada 16.5 peratus daripada 9.4 peratus pada tahun sebelumnya. Pasaran telefon pintar keseluruhan di China menyusut 7%, kata laporan itu.

Apple mula memberi subsidi kepada model iPhone tertentu sebanyak 1,300 yuan ($180.68) minggu lalu melalui kedai utama di Tmall, platform pasaran utama Alibaba.

Ia telah pun menawarkan diskaun iPhone hingga 500 yuan di laman rasminya bulan lepas.

Huawei telah menyaksikan kebangkitan semula dalam penjualan telefon pintar premiumnya sejak mengeluarkan siri Mate 60 pada Ogos. - REUTERS

TETITIA YUSOFF