fb fb fb fb fb

Sidang kemuncak ASEAN-Australia beri tumpuan kepada keselamatan maritim, perdagangan

Sidang kemuncak ASEAN-Australia ke-50 di Melbourne/REUTERS

SYDNEY, 6 Mac- Perdana Menteri Australia Anthony Albanese berkata, keselamatan maritim, perdagangan dan tenaga bersih akan membentuk masa depan negara dengan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).

Australia menjadi tuan rumah sidang kemuncak ASEAN-Australia ke-50 di Melbourne.

"Australia komited untuk bekerjasama dengan semua untuk memastikan prinsip kedaulatan, integriti wilayah, kesaksamaan dan kemerdekaan ditegakkan," kata Albanese dalam ucapannya pada sidang kemuncak tiga hari yang akan berakhir pada Rabu.

"Untuk memastikan wilayah kita selamat, berdaya tahan, terbuka, inklusif dan makmur," katanya.

Albanese berkata Australia dan ASEAN mesti bekerjasama untuk menjadikan hubungan semula jadi rantau itu menjadi kerjasama lebih praktikal mengenai kelestarian dan keselamatan marin.

Perkara itu berkait dengan isu Filipina dan China berkenaan Laut China Selatan.

Beijing menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan kerana laluan itu memberikan pulangan hasil lebih $3 trilion setiap tahun, dan ia merupakan punca dengan Filipina.

Kedua-dua negara itu berada dalam pertikaian wilayah walaupun keputusan pada 2016 oleh Mahkamah Timbang Tara Tetap mendapati bahawa tuntutan China tidak mempunyai asas undang-undang namun Beijing menolak keputusan itu.

Sementara itu Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, semasa sidang akhbar dengan Albanese pada Isnin, berkata China semakin digeruni di Barat.

Dalam temu bual yang disiarkan pada Selasa dalam akhbar Sydney Morning Herald, Anwar mendakwa risiko konflik di Laut China Selatan seakan dijadikan agenda.

Dalam masa sama sidang kemuncak itu dijangka mengeluarkan deklarasi bersama yang akan menggariskan pendirian ASEAN mengenai perang Israel-Gaza dan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, lapor media.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI