JEDDAH, 16 Julai - Presiden Joe Biden semalam mengadakan pertemuan dengan Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdul Abdulaziz Al-Saud di bandar Jeddah.
Biden tiba di Arab Saudi dari Israel sempena lawatan sulungnya ke negara Arab itu sejak menjadi presiden Amerika Syarikat (AS) tahun lalu, lapor Agensi Anadolu.
Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah disambut oleh Emir Mekah, Khalid Al-Faisal.
(Raja Salman (kiri)/FOTO FAIL)
Pada hari yang sama Biden turut bertemu Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Salman.
Biden akan menghadiri Sidang Kemuncak AS-Arab Saudi hari ini yang turut disertai pemimpin negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC), Mesir, Iraq dan Jordan.
Lawatan Biden ke Arab Saudi adalah persinggahan terakhirnya. Sebelum ini beliau melawat Israel dan Tebing Barat. - BERNAMA