fb fb fb fb fb

Raja dadah Mexico diberkas

MEXICO, 16 Julai - Raja dadah Mexico, Rafael Caro Quintero berjaya diberkas pasukan tentera negara itu semalam.

Quintero, 69 tahun ditahan di kawasan perbandaran Choix barat laut negeri Sinaloa, sebuah kawasan utama pengedaran dadah Mexico.

Penangkapan raja dadah itu sifatkan agensi penguatkuasaan undang-undang Mexico dan Amerika Syarikat (AS) sebagai kejayaan besar.

Tentera Laut Mexico turut mendedahkan rakaman penangkapan Quintero yang pernah didapati bersalah dalam pembunuhan seorang ejen penyamaran AS pada tahun 1985.

(FOTO REUTERS)

Dalam rakaman selama 9 saat, Quintero dirakam dikelilingi sekumpulan anggota tentera laut dan diberikan sebotol air minuman sebuah lokasi tidak dikeathui di Sinaloa.

Kerajaan AS memuji penangkapan Quintero dan akan mengemukakan permohonan ekstradisi raja dadah itu.

Menurut jurucakap kerajaan, tangkapan itu dibuat susulan tekanan AS dan lawatan Presiden Mexico Andres Manuel Lopez Obrador ke atas rakan sejawatnya Joe Biden di Washington pada minggu yang sama.- REUTERS

Media Baharu