fb fb fb fb fb

Objek tumpul punca kematian Ivana Trump

NEW YORK, 16 Julai- Ivana Trump, isteri pertama bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump meninggal dunia akibat "kecederaan kesan objek tumpul" pada tubuhnya dalam kemalangan, kata ketua pemeriksa perubatan New York.

Menurut laporan media AS, polis sedang menyiasat sama ada wanita berusia 73 tahun itu mati terjatuh dari tangga di rumahnya di Manhattan.

Jurucakap Jabatan Polis New York memberitahu AFP dalam satu kenyataan melalui e-mel, Ivana disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, dan kenyataan itu menambah bahawa "nampaknya tidak ada sebarang jenayah berlaku."

Donald Trump mengumumkan kematiannya pada hari Khamis, menggelarnya sebagai "wanita yang hebat, cantik, dan menakjubkan, yang menjalani kehidupan yang hebat dan penuh inspirasi."

Berita berkaitan
Ivana Trump meninggal dunia

Kebanggaan dan kegembiraannya ialah tiga anak mereka, Donald Jr, Ivanka dan Eric Trump.

Donald dan Ivana Trump bercerai pada awal 90-an dan pada tahun 1993 bakal presiden itu berkahwin dengan Maples.

Ivana terus menikmati kerjaya perniagaannya yang berjaya, membangunkan produk pakaian, perhiasan dan kecantikan serta menulis beberapa buku.

Beliau telah berkahwin empat kali sepanjang hidupnya, sekali sebelum perkahwinannya dengan Donald Trump dan dua kali selepas itu. -AFP

(Ivana Trump meninggal dunia akibat kemalangan di kediamannya)

 

Media Baharu