fb fb fb fb fb

UK isytihar darurat negara, keluar amaran merah suhu panas melampau

(FOTO AFP)

LONDON, 16 Julai - Suhu panas melampau terus melanda dan berlanjutan di sebahagian kawasan di United Kingdom.

Pejabat Meteorologi Britain, pada Jumaat mengisytiharkan darurat negara dengan mengeluarkan amaran kategori merah haba melampau untuk beberapa bahagian di England.

Menurut kenyataan pejabat itu, suhu panas luar biasa kemungkinan besar berlaku pada Isnin dan sekali lagi pada Selasa depan.

(FOTO AFP)

"Waktu malam juga berkemungkinan sangat panas untuk United Kingdom, terutamanya di kawasan bandar sekaligus berkemungkinan membawa kepada kesan yang meluas ke atas manusia dan infrastruktur," menurut kenyataan tersebut.

Suhu tertinggi pernah direkodkan di Britain ialah 38.7 darjah celcius yang direkodkan di Taman Botani Universiti Cambridge pada 25 Julai 2019.

Amaran merah tahap empat ditakrifkan sebagai gelombang haba sangat teruk dan atau berpanjangan sehingga kesannya meluas di luar sistem penjagaan kesihatan dan sosial.

Pada tahap ini, penyakit dan kematian mungkin berlaku di kalangan yang cergas dan sihat, dan bukan hanya dalam kumpulan berisiko tinggi.-AFP

Media Baharu