fb fb fb fb fb

Jitka Klimkova tarik diri sertai Sukan Olimpik Paris

Jitka Klimkova/FOTO REUTERS

WELLINGTON, 28 Jun - Ketua jurulatih wanita New Zealand Jitka Klimkova menarik diri daripada menyertai Sukan Olimpik Paris.

Badan bola sepak kebangsaan New Zealand pada Jumaat berkata, bekas pertahanan Republik Czech itu akan digantikan oleh pembantunya Michael Mayne.

Bagaimanapun ia tidak menyatakan sama ada Klimkova akan kembali atau sebaliknya.

Ia berikutan pemain berusia 49 tahun itu mempunyai masalah peribadi.

Klimkova terlepas perlawanan persahabatan menentang Jepun pada awal Jun lalu ketika dia sedang bercuti namun pada 8 Jun Klimkova telah dibenarkan untuk mengetuai pasukan di Sukan Olimpik.

Tiga minggu kemudian dia memilih untuk menolak tawaran berkenaan.

"Klimkova telah mengambil pandangan bahawa disebabkan kebimbangan berhubung persekitaran pasukan, kesejahteraannya dan proses pemulihan yang belum selesai, ia bukan masa yang sesuai untuk dia kembali," kata Bola Sepak New Zealand.

The Football Ferns telah memenangi 11 daripada 39 perlawanan bawah Klimkova, dengan 21 kekalahan dan tujuh seri.

New Zealand, yang menduduki tempat ke-28 dunia, akan menentang Kanada dalam perlawanan pertama mereka di Sukan Olimpik pada 25 Julai ini. - AFP

TETITIA YUSOFF