fb fb fb fb fb

Jet pejuang Rafale bertembung, dua juruterbang Perancis maut

Foto AFP

COLOMBEY-LES-BELLES, 16 Ogos - Dua juruterbang tentera Perancis maut selepas jet Rafale bertembung di timur negara itu.

Kedua-dua jet pejuang tersebut sedang dalam penerbangan pulang daripada misi latihan di Jerman sebelum bertembung berhampiran Colombey-les-Belles.

Seorang lagi juruterbang bagaimanapun terselamat dan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron menyampaikan ucapan takziah kepada kedua-dua keluarga juruterbang yang terlibat dalam nahas tersebut.

Beliau menyifatkan kejadian seumpama itu jarang berlaku melibatkan pesawat tentera yang canggih.

"Kami mengetahui dengan sedih kematian Kapten Sebastien Mabire dan Leftenan Matthis Laurens dalam kemalangan udara dalam misi latihan Rafale," tulis Macron di X.

Setakat ini, tiada butiran lanjut diberikan mengenai punca nahas itu.

Pesawat pejuang supersonik Rafale "pelbagai peranan" digunakan untuk memburu pesawat musuh, menyerang sasaran darat dan laut, menjalankan peninjauan dan juga membawa hulu peledak nuklear Perancis merupakan pesawat pejuang terlaris dalam industri senjata Perancis.-AFP

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN