fb fb fb fb fb

Jepun rancang hasilkan lebih banyak peluru berpandu jenis balistik

(FOTO AFP)

TOKYO, 31 Ogos - Jepun kini dalam perancangan menghasilkan lebih banyak peluru berpandu khususnya jenis balistik jarak jauh.

Tindakan itu dibuat bagi mempertingkat keupayaan peluru berpandu sebagai langkah persediaan terhadap ancaman China dan Rusia.

Ke arah itu, Kementerian Pertahanan Jepun telah membuat permohonan peruntukan dalam Belanjawan negara akan datang.

(FOTO AFP)

Sebelum ini, perlembagaan Jepun menetapkan mereka hanya boleh menghasilkan peluru berpandu jarak dekat, yang mampu terbang sejauh ratusan kilometer sahaja.

Penghasilan Peluru berpandu balistik baharu berkenaan dikhususkan untuk menyerang kapal laut dan peluru berpandu balistik pihak musuh.

Jepun kini mempertingkat sistem pertahanan susulan China kini sedang memperkasa sistem senjata ketenteraannya.

Sebelum ini, China melancarkan lima peluru berpandu balistik, dan telah jatuh 160 kilometer dari Negara Matahari Terbit itu.-AFP

Media Baharu