fb fb fb fb fb

Virus tomato dikesan menjangkiti bayi dan murid di India

(FOTO FAIL AFP)

NEW DELHI, 31 Ogos – Virus baharu yang dikenali sebagai selesema tomato telah dikesan dalam kalangan bayi dan murid sekolah di beberapa negeri India, khususnya di selatan India, sejak tiga bulan lalu.

Sejak virus itu dikesan, hampir 100 kes telah dilaporkan setakat ini, tetapi tiada kematian dilaporkan.

Penyakit ini mendapat namanya daripada lepuhnya berbentuk tomato yang muncul di seluruh badan pesakit kanak-kanak.

Gejala virus ini termasuk demam panas, ruam merah pada badan dan sakit sendi yang teruk.

(FOTO AFP)

Kanak-kanak yang menghidap selesema tomato juga menunjukkan beberapa simptom seperti COVID-19 dan beberapa penyakit biasa kanak-kanak lain.

Rawatan termasuk pengasingan, rehat, banyakkan meminum air dan tuam air suam untuk melegakan kerengsaan dan ruam.

Selain itu, pengambilan parasetamol untuk demam dan sakit badan serta rawatan simptomatik lain diperlukan, seperti yang disyorkan oleh pakar kesihatan.

Susulan pengesanan kes sedemikian, Kerajaan Persekutuan mengeluarkan nasihat minggu lepas, mengarahkan ibu bapa memastikan anak-anak tidak memeluk atau menyentuh kanak-kanak lain.

Setakat 26 Julai, lebih 82 kanak-kanak berumur bawah lima tahun yang dijangkiti.

Setakat ini tidak ada ubat khusus untuk merawat virus tersebut.-AFP

Media Baharu