fb fb fb fb fb

Ratu Elizabeth II akan terima Perdana Menteri baharu Britain di istana hinggap

 (Ratu Elizabeth II/AFP)

LONDON, 31 Ogos- Ratu Elizabeth II akan menerima Perdana Menteri Britain yang baharu di istana hinggap di Balmoral Scotland dan bukannya Istana Buckingham pada Selasa depan kerana "isu mobiliti yang berterusan", kata istana hari ini.

Ia akan menjadi upacara "cium tangan" pertama yang berlangsung di luar pusat London sejak Winston Churchill bertemu permaisuri di Lapangan Terbang Heathrow pada 1952 selepas beliau menaiki takhta.

Ratu berusia 96 tahun itu juga akan menerima Perdana Menteri Boris Johnson yang bakal berundur di ladang terpencil di timur laut Scotland ketika beliau mengemukakan peletakan jawatannya.

Secara tradisinya, perdana menteri baharu tiba tidak lama kemudian dan permaisuri sebagai ketua negara, memintanya membentuk kerajaan.

Setiausaha Luar Liz Truss menjadi pilihan untuk memenangi pencalonan daripada ahli parti Konservatif, selepas Johnson mengumumkan beliau akan berundur pada Julai lalu selepas beberapa siri skandal.

(Setiausaha Luar Liz Truss/Fail REUTERS)

Calon yang terpilih akan diumumkan pada Isnin depan.

Ratu Elizabeth II mengalami masalah mobiliti sejak Oktober.

Beliau sebelum ini dilaporkan telah memasang lif tangga di Istana Balmoral. -AFP

Media Baharu