fb fb fb fb fb

Jepun adakan majlis ulang tahun bencana

FUKUSHIMA, 12 Mac - Ulang tahun bencana gempa bumi, tsunami bencana nuklear Fukushima 2011, ke-12 diadakan di sini, bagi memperingati kehilangan nyawa lebih 20,000 orang serta kediaman yang terpaksa ditinggal akibat kesan radiasi.

Perdana Menteri Fumio Kishida menghadiri acara peringatan itu dan bertafakur selama di satu minit untuk memperingati mangsa.

(FOTO REUTERS)

“Sekarang pun, saya hampir tidak dapat menahan rasa sedih apabila memikirkan perasaan mereka yang kehilangan ahli keluarga, saudara dan rakan tersayang,” kata Kishida.

Orang ramai hadir meletakaan bunga di lokasi kejadian iaitu di kampung Hisanohama dan kawasan yang musnah akibat tsunami.

"Kesedihan tidak berubah. Saya tidak boleh mengatakan bahawa ia telah berkurangan," kata Yuki Kajimi, 55 tahun kepada Reuters sambil memandang ke arah laut. - REUTERS

Media Baharu