fb fb fb fb fb

Sekurang-kurangnya enam maut, 'Yaku' landa Peru

LIMA, 12 Mac- Sekurang-kurangnya enam orang maut di Peru sejak beberapa hari lepas apabila taufan kuat melanda diikuti dengan hujan lebat, membadai ratusan rumah selain menyebabkan gangguan besar di kawasan utara Amerika Latin, kata pihak berkuasa.

Kerajaan telah mengisytiharkan darurat dan berusaha untuk membawa bantuan ke Lambayeque, Piura dan Tumbes selepas dilanda taufan yang dikenali sebagai Yaku.

Institut Pertahanan Awam Negara (INDECI) berkata banjir yang disebabkan oleh Yaku telah meragut enam nyawa pada Jumaat.

Kemudian, INDECI berkata 58 orang telah terbunuh sejak permulaan musim hujan, yang bermula beberapa bulan lalu.

Peru diselubungi oleh ketidakstabilan politik dan protes anti-kerajaan sejak beberapa bulan lalu berikutan Kongres memecat bekas Presiden Pedro Castillo pada Disember.

Penggantinya, Presiden Dina Boluarte, melawat bahagian utara Peru pada Sabtu ketika kerajaan menyampaikan bantuan kemanusiaan ke kawasan yang teruk dilanda taufan.- REUTERS

(Penduduk bawa barangan runcit melalui sungai dinaiki air hujan akibat Taufan Yaku/REUTERS)



Media Baharu