fb fb fb fb fb

Banjir besar beri kesan kepada penduduk di Pajaro

CALIFORNIA, 12 Mac - Kira-kira 1,700 penduduk Pajaro, di sini menerima kesan daripada banjir akibat ribut "sungai atmosfera" pada Sabtu, menurut penyelia Monterey County, Luis Alejo.

Hasil rakaman video DongWoo Lee di Twitternya, menunjukkan banjir besar hampir menenggelamkan rumah dan kenderaan.

Menurut catatan Facebook oleh penyelia Alejo, banjir memberi kesan kepada kira-kira 1,700 penduduk komuniti pekerja ladang Latin Pajaro.

Pejabat Syerif Daerah Monterey, Bomba Daerah Monterey Utara dan Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California sedang menjalankan pemberitahuan dari pintu ke pintu dan usaha memindahkan penduduk, kata County dalam satu kenyataan.

(FOTO REUTERS)

Menurut County, kerja-kerja pemulihan di tambak disambung semula pada hari Sabtu. - REUTERS

Media Baharu