fb fb fb fb fb

India, Australia berhasrat tingkat perdagangan mineral kritikal

NEW DELHI, 12 Mac- India dan Australia menyasarkan untuk mengembangkan perdagangan mineral kritikal bagi membantu pengurangan pelepasan karbon, kata Menteri Perdagangan India Piyush Goyal Sabtu.

"India kekurangan mineral kritikal. Australia mempunyai rizab mineral yang besar dan dijadikan bateri bagi kegunaan kenderaan elektrik, namun ia tidak diproses atau dikeluarkan sepenuhnya pada masa ini," kata Goyal pada sidang akhbar selepas bertemu menteri perdagangan dan pelancongan Australia, Don Farrell.

Selain itu, dengan teknologi angkasa lepas dan peluang dalam sektor digital, penggunaan mineral kritikal akan menjadi bidang utama perjanjian yang dirancang, kata Farrell.

Pertemuan itu susulan sidang kemuncak di New Delhi pada Jumaat antara Perdana Menteri India, Narendra Modi dan Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese.

India dan Australia berharap untuk menyelesaikan perjanjian perdagangan itu menjelang akhir tahun berikutan rundingan tersebut pernah tertangguh selama lebih sedekad.

Ia akan mengembangkan perjanjian perdagangan bebas yang ditandatangani kedua-dua negara.

Perjanjian Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan berkuat kuasa pada Disember, menghapuskan duti ke atas 96% eksport India ke Australia dan 85% eksport Australia ke India.- REUTERS

(Anthony Albanese bersalaman dengan Narendra Modi/REUTERS)

Media Baharu