ANSHUN, 18 Ogos – Jambatan Huajiang Gorge di Guizhou, China bakal mencatat sejarah sebagai jambatan gantung tertinggi dunia apabila siap sepenuhnya hujung tahun ini.
Struktur yang dibina pada ketinggian 625 meter merentasi Sungai Beipan, mengatasi rekod Jambatan Duge, juga di Guizhou sebanyak 71 meter.
Jambatan empat lorong sepanjang 2,890 meter itu dibina hanya dalam tempoh tiga tahun setengah dengan kos sekitar AS$280 hingga AS$300 juta.
Pembinaannya menggunakan teknologi moden termasuk kren kabel berpandu satelit, simulasi AI serta pemasangan modular.
Ia membolehkan 93 segmen keluli seberat 22,000 tan dipasang dengan ketepatan tinggi.
Selain memendekkan masa perjalanan, jambatan berkenaan turut dirancang sebagai tarikan pelancongan dengan dek pemerhatian kaca, kafe serta kemudahan sukan ekstrem.
Guizhou kini menempatkan separuh daripada 100 jambatan tertinggi dunia, sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai pusat kejuruteraan jambatan global. - VIORY