fb fb fb fb fb

Jamaica nyata hasrat mahu jadi negara republik yang merdeka

KINGSTON, 24 Mac- Jamaica menyatakan hasrat untuk menjadi negara republik yang merdeka ketika lawatan Putera William dan Isteri ke negara kepulauan itu.

Ia selepas empat bulan Barbados diberi kemerdekaan setelah 55 tahun menjadi sebahagian daripada koloni British.

Perdana Menteri Jamaica, Andrew Holness berbuat demikian ketika bertemu dengan pasangan diraja itu.

"Beberapa perkara yang disifatkan sebagai masih belum selesai antara Britain dan Jamaica turut diajukan dalam pertemuan itu," lapor media tempatan.

Ia susulan puluhan orang berkumpul di luar Suruhanjaya Tinggi British di Kingston, menyanyikan lagu tradisional Rastafarian dan memegang sepanduk dengan frasa "Seh Yuh Sorry".


(FOTO REUTERS)

Ia frasa tempatan yang menggesa Britain meminta maaf dengan segala eksploitasi terhadap Jamaica sebelum ini.

Dalam pada itu, pengamal undang-undang berkata proses mendapatkan kemerdekaan bakal mengambil masa termasuk pelaksanaan referendum.

Kerajaan Jamaica tahun lalu memaklumkan akan meminta pampasan dari Britain kerana dengan paksa mengangkut 600,000 hamba abdi untuk bekerja di ladang tebu dan pisang di Eropah ketika zaman kolonisasi.

Media Baharu